Elaun Pegawai Kadet

Berikut adalah elaun latihan bagi Pegawai Kadet berdasarkan tarif kemaskini 1 Julai 2022. Setiap Pegawai Kadet yang menghadiri latihan akan mendapat elaun berikut :

  • Elaun Latihan Tempatan dengan kadar RM 8.00 sejam.
  • Elaun Latihan Berterusan dan Kem Tahunan akan dibayar mengikut kadar harian seperti berikut :

            - Peringkat Junior – RM53.83 (sehari)

            - Peringkat Intermediate – RM58.00 (sehari)

            - Peringkat Senior – RM62.17 (sehari)

  • Selain dari itu, elaun Khas Pentauliahan selama 15 hari juga diberi kepada pegawai kadet yang terlibat dengan pentauliahan.
  • Bounti sebanyak RM 520.00 setahun bagi yang mencukupi jumlah jam latihan (380 jam ke atas).
  • Elaun Penyenggaraan Pakaian Seragam sebanyak RM 250.00 dibayar setiap tahun selepas ditauliahkan.
  • Elaun Pakaian Istiadat sebanyak RM1500.00 bagi setiap 5 tahun.