Kata Aluan Komandan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Negaraku Malaysia & Salam Ilmu Keikhlasan Kecemerlangan UniMAP.

 

Bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala di atas limpah dan kurnia-Nya maka terhasilnya laman web bagi PALAPES UniMAP. Di kesempatan ini, saya dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penghasilan laman web ini.

Sesungguhnya, kejayaan yang dihasilkan daripada usaha gigih dan semangat waja saudara saudari semasa menjalani latihan merupakan titik tolak dalam memulakan kerjaya sebagai pegawai di dalam pasukan simpanan Angkatan Tentera Malaysia mahupun perkhidmatan awam dan swasta. Gunakanlah segala peluang yang ada untuk bersama-sama membantu membangunkan dan melestarikan aspirasi  PALAPES UniMAP dalam melahirkan para pegawai yang berjasa dan berbakti kepada masyarakat.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pegawai, jurulatih dan pegawai kadet di atas perasmian laman web rasmi PALAPES UniMAP ini.

Sekian.

Lt Kol. Prof. Ts. Dr. Zaliman Bin Sauli

Komandan
PALAPES UniMAP