Alumni PALAPES UniMAP

Image

PALAPES UniMAP telah berjaya mentauliahkan ramai pegawai muda yang cemerlang di dalam pelbagai bidang. Pegawai-pegawai yang ditauliahkan ramai yang telah bekerja dalam sektor kerajaan, swasta dan bekerja sendiri. Pada 17 November 2018, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullai yang merupakan Raja Muda Perlis dan Vice Chancellor UniMAP telah mencemar duli merasmikan penubuhan kelab Alumni PALAPES UniMAP bertempat di Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kangar yang dihadiri oleh wakil peringkat alumni bagi setiap pengambilan.

Tujuan penubuhan kelab alumni ini adalah sebagai medium untuk menjalankan pelbagai aktiviti, ruang perkongsian pengalaman dan penyalurann ilmu kepada ahli kelab PALAPES UniMAP. Penubuhan kelab ini juga dapat dijadikan platform untuk mengeratkan dan mengukuhkan silaturahim diantara anggota.

Kelab ini diterajui oleh Kapt. Muhamad Khairy bin Md Naim merangkap Pengerusi kelab dan Timbalan Pengerusi Kapt Pubalan a/l Nadaraja serta Barisan pegawai sukarela PALAPES UniMAP Kapt Lokman Hakim bin Ibrahim, Kapt Ismail bin Ibrahim, Kapt Leong Kean Wei, Kapt Nurul Arifah bte Umoruddin serta Lt Usaidi bin Harun. Organisasi ini dikukuhkan lagi dengan barisan pegawai-pegawai muda PALAPES UniMAP yang terdiri daripada Setiausaha, Bendahari dan lapan Ahli Jawatan Kuasa bagi membantu mereliasasikan aspirasi kelab ini.

Sekali mendaftar,ahli selamanyakita tetap bersama!!

Aktiviti Alumni

Tahniah kepada Leftenan Muda Kishsen Nair A/L Sivaraman di atas pencapaian beliau sebagai seorang Pegawai Muda Tentera Darat dan ditauliahkan ke Batallion ke-7 Rejimen Ranjer DiRaja (Mekanize). Di atas kecemerlangan semasa kursus Pegawai ...

Tahniah buat Lt Mohamad Syaddad bin Mohamad Abdol (3016353) atas kenaikan pangkat Leftenan pada 5 Okt 2022 semasa Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai dan Lain-Lain Pangkat (LLP) di Dataran Parawood pasukan 8 RRD (Para). Upacara tersebut dimula...

More Articles

More From: Alumni