Sepanjang penubuhan PALAPES UniMAP, terdapat ramai pegawai dan SMR yang telah menerajui pemerintahan PALAPES UniMAP. Komandan, Timbalan Komandan, Ketua Jurulatih, Ketua Cawangan Latih dan Sarjan Mejar Rejimen silih berganti. Namun Palapes UniMAP tetap utuh dan berdiri teguh sebagai sebuah pasukan yang mantap lagi disegani.