Pegawai Kadet Terbaik akademik dan dianugerahkan Piala Pengajian Ketenteraan Hadiah Panglima Tentera Darat

Tahniah kepada Leftenan Muda Kishsen Nair A/L Sivaraman di atas pencapaian beliau sebagai seorang Pegawai Muda Tentera Darat dan ditauliahkan ke Batallion ke-7 Rejimen Ranjer DiRaja (Mekanize).

Di atas kecemerlangan semasa kursus Pegawai Kadet, Lt M Kishsen Nair A/L Sivaraman menerima anugerah Pegawai Kadet Terbaik akademik dan dianugerahkan Piala Pengajian Ketenteraan Hadiah Panglima Tentera Darat dari Panglima Latihan Tentera Darat Mejar Jeneral Dato' Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim pada 09 Oktober 2022 di Bangi Avenue Convention Center sewaktu Majlis Makan Malam Beradat Pegawai Muda Akademi Tentera Darat.

YBhg Komandan dan Seluruh Warga PALAPES UniMAP merakamkan Ucapan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Lt M Kishsen Nair A/L Sivaraman