Tahniah kpd Leftenan Muda Asroff Azlie Arsyad bin Alwi

Tahniah kpd Leftenan Muda Asroff Azlie Arsyad bin Alwi atas pentauliahan sebagai pegawai muda di dalam Tentera Darat Malaysia yang berkuatkuasa pada 08 Oktober 2022.

Beliau telah dilahirkan pada tanggal 20 Mac 1997 di Setiu, Terengganu dan merupakan anak ketiga daripada 8 adik-beradik. Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai, Marang, Terengganu pada Tahun 2004 hingga 2009 . Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai, Marang, Terengganu sehingga Tingkatan 3 pada tahun 2010 sehingga 2012. Dan menyambung pelajaran ke Kolej Vokasional Dungun, Dungun, Terengganu pada tahun 2013 dan 2014. Dengan keputusan cemerlang peperiksaan SPM, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang pada tahun 2015 sehingga 2016.

Pada tahun 2016, beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrikal (Kuasa Industri) (RY31) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Semasa menjalani pengajian di UniMAP, beliau telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UniMAP dan merupakan Batch ke-12 PALAPES UniMAP.

Beliau telah menjalani latihan-latihan sepanjang tempoh 3 tahun sebagai pegawai kadet PALAPES UniMAP dari Tahun 2016 hingga 2019 dan seterusnya ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 03 Ogos 2019 sebagai Leftenen Muda dalam Rejimen Askar Wataniah.

Pada 13 Disember 2021 , beliau telah menyertai Tentera Darat Malaysia dengan menjalani Kursus Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat siri ke 36 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 08 Oktober 2022. Atas kecemerlangan semasa kursus pegawai kadet, beliau telah ditauliahkan dalam Rejimen Sempadan dan di tempatkan di pasukan Batalion ke 4 Rejimen Sempadan Kem Gerik, Perak sebagai unit pertama beliau.

YBhg Komandan dan Seluruh Warga PALAPES UniMAP mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kpd Leftenan Muda Asroff Azlie Arsyad bin Alwi.

 

#palapes
#unimap
#palapesunimap
#alumniunimap
#tenteradaratmalaysia