Tahniah kpd Leftenan Muda Kishsen Nair a/l Sivaraman

Tahniah kpd Leftenan Muda Kishsen Nair a/l Sivaraman di atas pentauliahan sebagai pegawai muda di dalam Tentera Darat Malaysia yang berkuatkuasa pada 08 Oktober 2022.

Beliau telah dilahirkan pada tanggal 04 Januari 1995 di Hospital Besar Ipoh, Perak dan merupakan anak pertama daripada 6 adik-beradik. Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik, Kulim Kedah pada Tahun 2002 hingga 2007 . Kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur pada tahun 2011 hingga 2012.Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Perlis peringkat diploma Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2013 hingga 2017. Semasa menjalani pengajian di UniMAP beliau telah menyertai Pasukan Latihan Simpanan (PALAPES) di UniMAP dan merupakan Batch ke-9 PALAPES UniMAP. Beliau telah menjalani latihan-latihan sepanjang tempoh 3 tahun sebagai pegawai kadet PALAPES UniMAP dari Tahun 2013 hingga 2016 dan seterusnya ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 20 Ogos 2016 sebagai Leftenen Muda dalam Rejimen Askar Wataniah.

Pada tahun 2017, beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrikal (Sistem Elektrik) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Pada 03 December 2021 , beliau telah menyertai Tentera Darat Malaysia dengan menjalani Kursus Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat siri ke 36 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson. Semasa beliau menjalani latihan sebagai seorang kadet beliau telah menunjukkan minat dan sifat berdaya saing. Beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Rendah Kanan dan Yang Di-Pertua Wisma Kadet Aurora. Beliau juga mendapat anugerah Pegawai Kadet Terbaik Akademik dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 08 Oktober 2022. Atas kecemerlangan semasa kursus pegawai kadet, beliau telah ditauliahkan dalam Rejimen Renjer Diraja dan di tempatkan di pasukan Batalion ke 7 Rejimen Ranjer Diraja (Mekanize) sebagai unit pertama beliau.

YBhg Komandan dan Seluruh Warga PALAPES UniMAP mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kpd Lt M Kishsen Nair a/l Sivaraman.

#palapes
#unimap
#palapesunimap
#alumniunimap
#tenteradaratmalaysia