Tahniah kpd Leftenan Muda Noor Daniel Zihni bin Noor Affandy

Tahniah kpd Leftenan Muda Noor Daniel Zihni bin Noor Affandy atas pentauliahan sebagai pegawai muda di dalam Tentera Darat Malaysia yang berkuatkuasa pada 08 Oktober 2022.

Beliau telah dilahirkan pada tanggal 12 Mac 1995 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur dan merupakan anak pertama daripada 4 adik-beradik. Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Oran , Mata Ayer, Perlis pada Tahun 2002 hingga 2007 . Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Perlis sehingga Tingkatan 5 pada tahun 2008 sehingga 2012. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Kuala Lumpur pada tahun 2013 sehingga 2016 di peringkat Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembinaan Mesin dan Penyelenggaraan.

Pada tahun 2016, beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pemesinan) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Semasa menjalani pengajian di UniMAP, beliau telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UniMAP dan merupakan Batch ke-12 PALAPES UniMAP.

Beliau telah menjalani latihan-latihan sepanjang tempoh 3 tahun sebagai pegawai kadet PALAPES UniMAP dari Tahun 2016 hingga 2019 dan seterusnya ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 3 Ogos 2019 sebagai Leftenen Muda dalam Rejimen Askar Wataniah.

Pada 13 Disember 2020 , beliau telah menyertai Tentera Darat Malaysia dengan menjalani Kursus Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat siri ke 36 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 08 Oktober 2022. Semasa kursus beliau telah dilantik sebagai Pegawai Rendah Kanan dan diberi kepercayaan mengetuai kompeni Syed Putra. Atas kecemerlangan semasa kursus pegawai kadet, beliau telah ditauliahkan dalam Rejimen Renjer Diraja dan di tempatkan di pasukan Batalion ke 6 Rejimen Renjer Diraja sebagai unit pertama beliau.

YBhg Komandan dan Seluruh Warga PALAPES UniMAP mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kpd Leftenan Muda Noor Daniel Zihni bin Noor Affandy.

#palapes
#unimap
#palapesunimap
#alumniunimap
#tenteradaratmalaysia