Majlis Perasmian Penutup Eksesais Leopard PALAPES Zon Utara 2020

Majlis Perasmian Penutup Eksesais Leopard PALAPES Zon Utara 2020 melibatkan 3 buah Universiti iaitu UniMAP, USM & UUM telah disempurnakan oleh Lt. Kol. Ts. Shahrizal Nazri, Timbalan Komandan PALAPES Universiti Sains Malaysia pada 06 Februari 2020 dengan Universiti Sains Malaysia menjadi tuan rumah buat edisi kali ini. Turut hadir sama Kapt. Muhammad Azuan Mohamad Nasir, Pemangku Timbalan Komandan PALAPES UniMAP dan Mej. Kamaruzaman A.Kadir, Ketua Jurulatih PALAPES UniMAP.

Latihan Kem Tahunan gabungan ini telah berlangsung mulai pada 24 Januari hingga 07 Februari 2020 di sekitar Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. PALAPES UniMAP telah diwakili oleh Pegawai-pegawai kadet dari Peringkat Senior, Intermediate dan Junior dalam Eksesais Leopard kali ini yang telah dimulakan sejak tahun 2018.

Pegawai Rendah Kanan Muhammad Asyraf Thazali dari PALAPES UniMAP, (Siswa Jurusan Teknologi Kejuruteraan Elektronik Bersepadu RY-44, UniMAP) telah menerima Anugerah Ketua Platun Terbaik semasa majlis tersebut di atas komitmen dan pencapaian cemerlang sepanjang eksesais ini berlangsung.

#UniMAPMantap #PalapesUniMAP #PalapesUSM #PalapesUUM #LatihanTerasKeyakinan


https://palapes.unimap.edu.my 

https://www.facebook.com/PALAPESUniMAP/

https://www.instagram.com/palapes_unimap/

https://twitter.com/PalapesUnimap