Tahniah kpd Leftenan Muda Mohamad Syaddad bin Mohamad Abdol (3016353)

Tahniah kpd Leftenan Muda Mohamad Syaddad bin Mohamad Abdol (3016353) di atas pentauliahan dan pemakaian pangkat pegawai muda di dalam Tentera Darat Malaysia yang berkuatkuasa pada 05 Ogos 2021 .

Beliau telah dilahirkan pada tanggal 03 Mei 1996 di Sungai Siput (U), Perak dan merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Trosor , Sungai Siput (U), Perak pada Tahun 2003 hingga 2008 . Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz sehingga Tingkatan 3 dan berpindah ke Sekolah Menengah Teknik Ipoh, Persiaran Brash sehingga tahun 2013. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah pada tahun 2014.

Pada tahun 2015, beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Semasa menjalani pengajian di UniMAP, beliau telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UniMAP dan merupakan Batch ke-11 PALAPES UniMAP.

Beliau telah menjalani latihan-latihan sepanjang tempoh 3 tahun sebagai pegawai kadet PALAPES UniMAP dari Tahun 2015 hingga 2018 dan seterusnya ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 18 Ogos 2018 oleh sebagai Leftenen Muda dalam Rejimen Askar Wataniah.

Pada 14 September 2020 , beliau telah menyertai Tentera Darat Malaysia dengan menjalani Kursus Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat siri ke 35 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 05 Ogos 202. Atas kecemerlangan semasa kursus pegawai kadet, beliau telah ditauliahkan dalam Rejimen Renjer Di Raja dan di tempatkan di pasukan Batalion ke 8 Rejimen Renjer Di Raja ( Para) sebagai unit pertama beliau.

Di Kesempatan ini, seluruh warga PALAPES UniMAP mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Leftenan Muda Mohamad Syaddad bin Mohamad Abdol (3016353).

 

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_1.27.35_AM.jpeg

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_1.27.35_AM_1.jpeg

 

 

 

 

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_1.27.38_AM.jpeg

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_1.27.37_AM.jpeg