TAHNIAH KEPADA MEJAR IZUWAN HAFIS BIN S.M.JOHAN TUDM(374803) - ALUMNI PALAPES UniMAP

Tahniah kpd Mejar Izuwan Hafis bin S.M. Johan TUDM (374803) di atas kenaikan pangkat ke Pangkat Mejar TUDM berkuatkuasa 4 Jan 2021.

Beliau telah dilahirkan pada tanggal 14 Mei 1985 di Melaka dan merupakan anak sulung kepada 3 adik-beradik. Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Rendah Bantuan Mej Jen Dato’ Ibrahim, Kuching pada Tahun 1992 hingga 1997. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Matang, Kuching sehingga Tingkatan 6 dan seterusnya di Kolej Matrikulasi Labuan pada tahun 2003.

Pada tahun 2004, beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Semasa menjalani pengajian di UniMAP, beliau telah menyertai Askar Wataniah pada tahun 2004 di bawah Rejimen 504 Askar Wataniah, Kem Bukit Keteri, Perlis. Seterusnya pada tahun 2005 beliau menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UniMAP dan merupakan 1st Batch PALAPES UniMAP.

Beliau telah menjalani latihan-latihan sepanjang tempoh 3 tahun sebagai pegawai kadet PALAPES UniMAP dari Tahun 2005 hingga 2008 dan seterusnya ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 21 Jun 2008 oleh sebagai Leftenen Muda dalam Rejimen Askar Wataniah.

Pada 1 Feb 2009, beliau telah menyertai Tentera Udara DiRaja Malaysia dan telah ditauliahkan sebagai Kapten TUDM dan menjalani latihan kadet di Kolej Tentera Udara, Alor Setar. Beliau telah berkhidmat di Pangkalan Udara Kuantan, Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace, Markas Tentera Udara-Komunikasi dan Elektronik dan kini melaksanakan tugas jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) sebagai Ketua Sel Latihan.

Kecemerlangan beliau juga terserlah dalam bidang kerjaya apabila 2 kali dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sepanjang perkhidmatan di dalam TUDM.

Beliau telah berkahwin dengan Puan Khairun Niza dan dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata.