Tahniah kepada Leftenan Muda Shazrin Izwan bin Rosli - Alumni PALAPES UniMAP yang meneruskan perkhidmatan dalam Angkatan Tetap

Tahniah kpd Leftenan Muda Shazrin Izwan bin Rosli di atas pentauliahan dan pemakaian pangkat pegawai muda di dalam Tentera Darat Malaysia yang berkuatkuasa pada 05 Ogos 2021 .

Beliau telah dilahirkan pada tanggal 23 Mei 1994 di Pasir Mas, Kelantan dan merupakan anak pertama daripada 4 adik-beradik. Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Banggol Chicha , Pasir Mas, Kelantan pada Tahun 2001 hingga 2006 . Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan sehingga Tingkatan 5 pada tahun 2007 sehingga 2011. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang pada tahun 2012 sehingga 2013.

Pada tahun 2013, beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Pertanian) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Semasa menjalani pengajian di UniMAP, beliau telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UniMAP dan merupakan Batch ke-9 PALAPES UniMAP.

Beliau telah menjalani latihan-latihan sepanjang tempoh 3 tahun sebagai pegawai kadet PALAPES UniMAP dari Tahun 2013 hingga 2016 dan seterusnya ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 20 Ogos 2016 sebagai Leftenen Muda dalam Rejimen Askar Wataniah.

Pada 15 September 2020 , beliau telah menyertai Tentera Darat Malaysia dengan menjalani Kursus Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat siri ke 35 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 05 Ogos 2021. Atas kecemerlangan semasa kursus pegawai kadet, beliau telah ditauliahkan dalam Regimen Sempadan dan di tempatkan di pasukan Batalion ke 5 Rejimen Sempadan sebagai unit pertama beliau.

Seluruh Warga PALAPES UniMAP mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kpd Leftenan Muda Shazrin Izwan bin Rosli.

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_5.03.45_PM.jpeg

 

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_5.03.44_PM_1.jpeg

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_5.03.44_PM.jpeg