Tahniah kpd Leftenan Muda Muhammad Auzan Shahrom - Alumni PALAPES UniMAP

Tahniah kpd Leftenan Muda Muhammad Auzan bin Shahrom di atas pentauliahan dan pemakaian pangkat pegawai muda di dalam Tentera Darat Malaysia yang diisyhtihar pada 05 Ogos 2021.

Beliau telah dilahirkan pada tanggal 02 September 1997 di Shah Alam, Selangor dan merupakan anak keempat daripada 6 adik-beradik. Beliau telah memulakan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3 , Puchong, Selangor pada Tahun 2004 hingga 2009. Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 sehingga Tingkatan 3 dan berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang, Selangor sehingga tahun 2014. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak pada tahun 2015.

Pada tahun 2016, beliau telah mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu dengan kepujian di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Semasa menjalani pengajian di UniMAP, beliau telah menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) di UniMAP dan merupakan Batch ke-12 PALAPES UniMAP.

Beliau telah menjalani latihan-latihan sepanjang tempoh 3 tahun sebagai pegawai kadet PALAPES UniMAP dari Tahun 2016 hingga 2019 dan seterusnya ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada tanggal 3 Ogos 2019 oleh sebagai Leftenen Muda dalam Rejimen Askar Wataniah.

Pada 14 September 2020 , beliau telah menyertai Tentera Darat Malaysia dengan menjalani Kursus Pegawai Kadet Graduan Tentera Darat siri ke 35 di Akademi Tentera Darat, Port Dickson dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 05 Ogos 2021. Atas kecemerlangan semasa kursus pegawai kadet, beliau telah ditauliahkan dalam Rejimen Semboyan Diraja dan di tempatkan di 9 Skuadron Semboyan Briged sebagai unit pertama beliau.

Seluruh Warga PALAPES UniMAP mengucapkan Tahniah dan Selamat Maju Jaya kpd Muhammad Auzan bin Shahrom.

#palapes

#unimap

#palapesunimap

#palapesunimapbatch12

#alumniunimap

#alumni

#tenteradaratmalaysia

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_2.01.39_AM.jpeg

WhatsApp_Image_2021-08-08_at_2.01.40_AM_2.jpeg